Monday 31 May 2021

Hujan🌧️

 

“Alhamdulillah. Hujan.” Senyum.
“Kenapa kau suka hujan?”

“Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.”
“Lagi?”

“Iya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia.
Tangan ditarik.
“Eh! Apa ni apa ni!”
“Jom main hujan!” Kenyit mata.

“Taaakkkk naaaakkkk!!”

Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan. Maka, percaya dan yakin pada Allah. Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

* * * * * * * * * * * *

Aku lihat langit. Cerah. Tapi kenapa aku rasa hati aku yang ‘hujan’?

Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?
Kenapa kau yang ‘pergi’ tapi seolah-olah aku yang ‘mati’?

Apa yang sama antara kau dan hujan? Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku. Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.
Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.

Sahabat.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.
Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati.
Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori.
Kau,
Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.
Al-fatihah buat yang dirindui mahupun yang telah pergi.



Oleh : Rahmah Fitrah

 Ada satu doa yang sangat mudah dan ringkas, malah sunnah dari ajaran Nabi saw untuk kita amalkan sebagai ikhtiar merawat sakit yang kita alami.


Doanya ialah:


بِسْمِ اللَّهِ .

أَعُوذُ بِاللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ .


“Bismillah (3x).

A’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir (7x)”


Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah.


Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaan-Nya dari segala keburukan yang aku alami dan yang aku khuatiri. 

[HR. Muslim: 2202]


Caranya ialah: 

1. Meletakkan tangan pada tempat yang sakit.

2. Baca doa yang disebutkan di atas. 

3. Istiqomah dan tawakkal pada-Nya.


Semoga Allah swt sentiasa beri kesihatan yang baik buat kita semua, dan beri kesembuhan yang sempurna buat kita semua yang sakit.


Wallahua'lam.

Palestine will be free💜

 Bila baca detail pasal tentera BRIDGE AL-QASSAM ni, meremang bulu roma.


Antaranya:


1) Kebanyakkannya dianggotai doktor, engineer, lecturer dan ramai lagi orang hebat. Pagi bekerja, malam jadi tentera menjaga benteng sempadan gaza-israel.


2) Terlalu cekap dalam mengatur strategi, sampai kan dia boleh ambush dalam masa "2 minit", Serang dan keluar balik. Maklumlah, yang join tu para ilmuan hebat.


3) Penembak pakar dan teknologi sniper tersendiri yang boleh menembak sejauh 2km, sniper seluruh dunia pun paling jauh 1km. 2 km tu, musuh mmg takkan nampak. 


4) Kalau dah keluar, memang kejar mati syahid. Tapi susah nak mati, sebab musuh yang akan lari.


Memang sangat hebat simpanan tentera Allah ni, amalan harian pun bukan biasa-biasa. Tentera israel adalah tentera no 4 terbaik worldwide, tentera Al-qassam lansung tak ada dalam carta. 


Tapi kalau setiap kali Al-qassam umum berperang, kawasan tu mesti akan clear. Jadi sebenarnya, siapa tentera yang paling bahaya sekali dalam dunia ni?


Ya Allah permudahkan urusan mereka , lindungi mereka, selamatkan mereka 🤲🏻

Sunday 12 April 2020

Antara dua cinta

Ada seorang sahabat pernah meluah perasaan.

“Kalau boleh memang saya nak dia tunggu saya. Tapi nampak gaya dia dah macam ada orang lain pula. Sedih la juga.”

“Hmm tak apa. Sebenarnya kan, awak patut rasa bersyukur.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab, Allah nak ganti yang lebih baik untuk awak.”


1. SYUKUR

Setiap kali ditolak, benda pertama yang patut kita rasa adalah syukur sebenarnya.

Syukur kerana terselamat daripada tersalah pilih pasangan hidup kita.

Syukur kerana yang tersakiti itu kita dan bukan dia.

Syukur kerana sebenarnya Allah sedang aturkan sesuatu yang lebih baik buat kita.

Saya selalu fikir begini. Biarlah orang tolak saya. Jangan saya tolak orang.

Bahkan kadang-kadang, kalau dari awal perkenalan lagi saya sudah rasa tidak serasi, saya doa awal-awal benda ni.

"Ya Allah, jika dia bukan yang terbaik untukku, Kau ilhamkanlah dia untuk menolak aku. Biarlah kata-kata tolakan itu datang dari dia. Bukan dariku."

Sebab saya sebenarnya tak sampai hati nak tolak orang. Risau dia sakit rasa ditolak. Sedangkan saya, in syaa Allah selalu rasa bersedia untuk ditolak. 

Cuba fikirkan semula.

Bukankah lebih baik dia tolak kita sekarang daripada tolak selepas kita sesudah bernikah? Bukankah itu nanti lebih parah?

Cuma, saya sendiri ada cutting limit saya. Kalau benar istikharah dan istisyarah tidak memihak kepada si dia, tolak tetap tolak juga. Namun, ada caranya.

Kalau tolak dari awal, sebelum sempat berkenalan pula, itu bukan tolak dalam erti kata reject ya! Itu belum apa-apa.


2. YAKIN ALLAH GANTI YANG LEBIH BAIK

Macam cliche. Tapi nak cakap jugalah. Boleh jadi benda yang kita suka, tapi tak baik untuk kita.

Kadang kita fikir, dialah calon terbaik untuk jadi pasangan hidup kita. Sedangkan, ada kekurangan dalam diri dia yang kita tak tahu. Tapi Allah tahu, takkan sesuai buat kita.

Yakinlah, Allah nak selamatkan kita dari tersalah pilih jodoh.

Setiap kali jodoh tak jadi, berdoalah dengan doa ditimpa musibah yang pernah dibaca oleh Ummu Salamah.

Ada tiga komponen. Boleh cari versi Arab kat google nanti.

💗 Sesungguhnya kami dari Allah dan kepada Allah jualaah kami kembali.

💗 Ya Allah, ganjarkanlah aku dengan pahala atas musibah yang aku terima ini.

💗 Dan gantikanlah sesuatu yang lebih baik daripadanya.

Ummi Salamah baca doa ni lepas kematian suami yang dicintai.

Asbab yakinnya dia dengan doa yang pernah dikongsi oleh suami selepas diajarkan oleh Nabi ini, beliau diganti dengan suami yang terbaik di atas muka bumi.

Siapa?
Nabi Muhammad SAW sendiri!
Subhanallah!

So, setiap kali kena reject, bacalah doa ni. Korang mesti tersenyum-senyum sendiri fikirkan siapalah orang baik yang Allah nak hadiahkan lepas ni.

Dengan syarat, mesti yakin!


3. CARI HIKMAH

Kepada jiwa yang pernah rasa ditolak, jangan pernah rasa kecewa. Jangan marah dia yang menolak kita, sebab itu jawapan dari Allah juga.

Ingat, kita dan dia belum apa-apa. Sememangnya rasa cinta itu dihadirkan buat yang sah halal sahaja. Kita mudah kecewa bila terlalu berharap pada manusia.

Sedangkan, cinta kerana Allah bermakna kita bersedia dengan apa jua kehendak-Nya dan yakin itulah yang terbaik untuk kita dan dia.

Ditolak di awal perkenalan itu adalah jodoh yang ditakdirkan untuk menyinggah dalam hidup kita. Bukan jodoh berpasangan, tapi jodoh berkenalan maksud saya.

Walau siapa pun kita jumpa, sama ada dia terima atau tolak diri kita, yakinlah! Setiap pertemuan itu ada hikmah yang Allah mahu ajarkan.

Kadang mungkin kita jumpa jodoh tak jadi tu, orang yang baik. Maka kan di situ ada peluang untuk kita belajar jadi lebih baik.

Mungkin dia ada pendirian yang tak pernah kita bayangkan sebelum berkenalan. Maka kita belajar, “Oh rupanya ada juga manusia begini ya?”

Bukankah Allah jadikan kita manusia untuk saling berkenal-kenal?

Carilah hikmah yang tersembunyi dan teruskanlah kehidupan dengan pengajaran terbaru yang Allah bagi.

Ingatlah, tolakan itu datang dari Allah.
Maka, hendak merawatnya pun adalah dengan kembali merujuk Allah.

Putus cinta dengan manusia boleh menjadi asbab untuk seorang hamba menagih cinta daripada Sang Pencinta yang lebih utama.

Wednesday 1 April 2020

Apa sahaja rasa yang hinggap di dalam hati, Allahlah yang meletakkannya.

Hanya Dia jua yang berkuasa untuk membuang atau mengekalkannya.

Mohonlah kepada Dia. Agar rasa yang indah dan diredhaiNya, dikekalkan teguh di dalam hati.

Dan mohonlah jua kepada Dia, agar rasa yang tak sepatutnya ada, rasa yang menyakitkan dan membebankan, dicampak keluar dari hati.

Agar yang menghuni hati, cuma rasa yang menyenangkan sahaja.

Hati yang sejahtera.

Tuesday 19 November 2019

Di dunia ini segala sesuatu terjadi dengan sebuah alasan dan akan meninggalkan sebuah pesan.

Jangan terlalu fokuskan perhatianmu pada yang pergi atau menghilang.

Tapi..lihatlah yang selalu kamu miliki hingga sekarang.

Dan ada orang yang kamu temui hanya untuk menyapamu sesaat di jalanan lalu kalian sama-sama berlalu pergi.

Ada juga orang yang kamu doakan tapi tetap tak bisa kamu paksakan kerna hati bukan dalam kuasa seorang insan.

Namun..kelak akan ada cinta yang membuatmu faham mengapa tiap orang yang kamu temui itu pergi dan mengapa kamu tidak bisa memaksakan hati kerna ternyata cintamu bukan untuk mereka tetapi untuk dia.

Maka, semoga Allah menguatkan kesabaranamu dalam menanti.

Tuesday 5 November 2019

"Kalau sayang seseorang tapi simpan dalam hati sebab belum masanya dan doakan kebaikan untuk dia, inshaAllah ada pahala sebab setiap kebaikan tu walau pun kecik tetap Allah pandang."

Cikgu Zahirra


"Kerana doa itu cinta, maka saya simpan awak dalam setiap lafaz doa, inshaAllah."

S

Hujan🌧️

  “Alhamdulillah. Hujan.” Senyum. “Kenapa kau suka hujan?” “Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kep...