Saturday, 7 September 2019

الله Sebaik-baik Tempat Mengadu💜

Aik tali sandal putus pun nak mengadu pada Allah?

 Percaya atau tidak? Allah tempat sebaik baik mengadu.

Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang tidak meminta kepada Allah, Allah akan murka kepadanya. Maka hendaknya, seorang di antara kalian mengadukan segala urusannya kepada Rabb-nya, meskipun hanya tali sandal yang putus.” (HR. Tirmidzi)

Nabi s.a.w cakap walaupun tali sandal putus! Apatah lagi rumah terbakar, kereta rosak, telefon bimbit rosak, motosikal hilang dan lain lain lagi. Selain dari merungut dan menyalahkan orang lain apa lagi yang kita sering lakukan?

Allah....Tempat mengadu paling sempurna!

syhds💕

Bertunang, one step closer🌹

Saya ada terbaca satu tulisan seseorang yang saya rasa korang dan kita semua patut baca. So, here it is🤗


"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan (perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu, atau awak yang datang approach dia dulu”

“Jangan mudah pandang atau jatuh hati pada orang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja"

Kami serentak menoleh.

"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.

"Dugaan bertunang ni lain. Tak sama kalau awak bercouple saja - saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik - balik awak akan bergaduh berdua je. Gaduh - gaduh, esok lusa baik semula. Lepas tu jadi balik. Macam itulah. Tapi  bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasaannya mesti melibatkan orang yang ketiga"

Kami terdiam.

"Perasan tak, dulu duduk sorang-sorang, tak ada orang nak kenal, sekarang ni duduk je dekat restoran ke mana-manalah, dan - dan macam drama dalam tv, tetiba je ada orang nak kenal lah. Masa nak bayar bil, tiba-tiba kena sapalah, ada orang senyum lah, masa tu lah, syaitan akan main peranan. Depa akan bisik."

"Perempuan ni lagi baik dari tunang hang"

"Kau tengok dia ni, sopan je, cantik pulak tu. Inikan perempuan yang kau cari"

"Masih ada masa lagi nak patah balik. Sekaranglah. Sure, tak akan menyesal"

"Cuba dulu, mana tahu berkenan. Kalau tak berkenan, tak ada masalah"

Ustaz tiba tiba berhenti. Namun, kami masih menanti dengan penuh minat.

"Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa yang awak ada ketika itu. Tapi bukan ke tugas seorang lelaki ni adalah memimpin. Memimpin isteri dan anak - anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tak pakai tudung, ajarkan supaya mereka pandai. Kalau mereka tak tahu bab agama, ajarkan sampai mereka faham"

"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu, Jadi kenapa perlu mencari yang sudah sempurna, sedangkan kita masih punya harapan untuk mengubah sesuatu menjadi sempurna"

"Masa dah bertunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid. Sebelum kita melangkah masuk ke dalam masjid tu, kita kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam dalam hati. Barulah Allah redha"

Kami mengangguk perlahan.

"Apa pun, janganlah suka sangat memegang hati awak erat-erat. Ada masanya, serahkanlah pada Tuhan. Dia pegang, Dia akan jaga hati awak baik - baik. Bukan kah Dia juga yang menentukan soal jodoh, soal kematian, dan soal apa pun asbab terjadinya sesuatu dalam hidup awak. Serahkanlah pada Dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak, dan seluruh kehidupan awak”

“Suka seseorang tu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu"

"Istikharahlah"

"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak"

Saya terdiam. Lama.

"Ya, inshaAllah. Moga Allah redha"

----------------------------

Penulis asal: Syafiq Ridhwan

Tahajud Cinta💕

Assalamualaikum gais🤗

Nak kongsi cerita dengan korang tentang pengalaman seorang sahabat saya ni. Jemput baca tau😊

Seorang teman saya selamat bernikah hari ini.

Tahu tak apa yang unik dan ajaibnya?😊

Jodohnya bertemu dalam tahajud cinta.

Saya masih ingat, bulan oktober 2018 dia datang hijrah ke KL cari kerja baru.

Berserta dengan azam nak “move on” dari cinta lama yang menyepi.

3 tahun menyulam janji, tapi janji tinggal janji, si lelaki tidak bersungguh untuk menjadikan dia sebagai halal.

Akhirnya, dia nekad untuk move on. Walau susah, walau payah, walau menangis-nangis untuk lupakan. Bukan mudah. She is very struggle for that.

Dia teresak-esak menahan perasaan. Saya peluk dia, tenangkan dia, walau saya pun menangis sama. Sangatlah fahami apa yang dia rasa.😢

Usia sudah berinjak 30, sudah tentulah mana-mana wanita akan risau memikirkan banyak hal.

Saya pegang tangan dia erat. Saya katakan padanya,

“Awak, tahun belum habis, belum sampai bulan 12. Masih ada masa. Jangan risau, Allah akan hantar jodoh yang jauh lebih baik buat awak. Jauh lebih baik.

Sekarang, awak hanya tinggal fokus ibadah. Baiki lagi diri lebih baik. Tambah lagi amal. Gandakan lagi ibadah. Rapatkan lagi diri dengan Allah. Fokus Allah sahaja.

Ustaz cakap, saat tahajud adalah saat yang paling dekat kita dengan-Nya, saat paling luas terbuka pintu langit untuk dikabulkan segala hajat.

Mari buat konsisten dengan penuh yakin. Insha allah, niat yang baik pasti Allah mudahkan.”

Saya saksikan kawan tadi bangun tahajud.

Setiap malam, dengan penuh istiqamah sehingga 3 bulan dia bermunajat meminta petunjuk jodoh.

Minta Allah datangkan jodoh terbaik dunia akhirat. Minta Allah yang datangkan jodoh tersebut di depan mata.

Sehinggalah satu keajaiban berlaku.

Tiba-tiba, adiknya mengenali seorang lelaki yang baik membantu baiki kereta yang rosak.

Lelaki tersebut masih bujang, belum bernikah berumur 30 lebih. Si adik cuba menawarkan kakaknya, eh siapa sangka lelaki tersebut betul-betul ingin berkenalan.

Lalu pertemuan diatur. Mereka bertemu berkenalan serba ringkas.

Ajaibnya, si lelaki lihat kawan saya kali pertama, terus jatuh cinta!

Masya allah, sudah namanya jodoh, begitu mudahnya Allah mengaturkan tanpa susah sedikit pun.

Walau terasa “mustahilnya” di mata manusia, nak cari jodoh di mana?

Tiada yang mustahil bagi Allah, bila Allah berkata “Kun fayakun”. Subhanallah.

Bulan 1, 2019 berkenalan.
Bulan 2, 2019 berjumpa.
Bulan 3, 2019 bertunang.
Bulan 8, 2019 bernikah.🥰



Sebenarnya.

Ini bukan kisah pertama. Bahkan banyak sudah kawan-kawan saya yang baik menemukan jodoh mereka melalui tahajud cinta.

Tahajud cinta mereka dengan Allah.

Benarlah.

Bila sudah didapatkan cinta dan redha Allah, maka seluruh dunia ini menjadi milik kita.

Kerana dunia bukanlah mahal, tapi sangatlah murah harganya.

Apa yang mahal adalah IMAN dan KEYAKINAN seorang hamba pada Tuhan.

Ya. Niat tahajud bukan sekadar untuk jodoh. Tahajud adalah jalan untuk dapatkan cinta Allah.

Kena faham konsep itu.

Ia hanyalah satu wasilah atau jalan.
Satu usaha dan ikhtiar sebagai seorang hamba.

Jika Allah kurniakan, ia adalah anugerah terindah.

Jika masih belum, Allah sudah redha pada segala usaha si hamba. Bukankah itulah kemenangan cinta?

Buat yang masih menanti jawapan dari Tuhan, teruslah bersabar. Kerana semakin lama menanti, semakin “surprise” yang akan Allah beri.

Semoga yang masih berhajat pada dunia, terus membesarkan Allah dalam jiwa sehingga dunia terasa kecil, dan Allah jualah matlamat hidup sehingga akhirnya.

Hikmatul Islam,
— Tenang dalam sentuhan tahajud cinta yang abadi, terkadang kita tak perlukan manusia sebagai ganti, cukuplah ALLAH yang selalu ada di hati. ♥️

Introduksi Diri Si Pemegang Mata Pena

Assalamualaikum🤗

Selamat berhujung minggu semua😊
Salam perkenalan dari saya👋
Okay, saya mulakan dengan perkenalkan diri saya dulu okay. Saya syhds💕 atau korang boleh panggil saya S. Berasal dari Pahang Darul Makmur. Saya merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik. Saya berumur 2* haha. Sebwlum saya menulis di blog, saya dah menulis di facebook page dan twitter. Jadi ni percubaan pertama saya menulis di blog. Harap korang sudilah baca entri dalam blog saya ni 😀
Haa apa lagi eh? Cukup dulu setakat tu kot sebab nanti dalam entri-entri yang akan datang (inshaAllah) saya akan share lagi dengan korang jadi dari situ kotang akan makin kenal saya🤗

Last but not least, be positive and radiate positive vibes. A better you, for you💕

syhds💕

Hujan🌧️

  “Alhamdulillah. Hujan.” Senyum. “Kenapa kau suka hujan?” “Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kep...