Monday, 31 May 2021

Hujan🌧️

 

“Alhamdulillah. Hujan.” Senyum.
“Kenapa kau suka hujan?”

“Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kepada Tuhan.”
“Lagi?”

“Iya. Hujan. Waktu mustajab untuk berdoa.” Senyum bahagia.
Tangan ditarik.
“Eh! Apa ni apa ni!”
“Jom main hujan!” Kenyit mata.

“Taaakkkk naaaakkkk!!”

Terkadang di saat kita hampir mendapat sesuatu dan ia gagal di saat-saat akhir, kita terus kecewa dan berputus asa. Percayalah bahawa perkara buruk yang terpaksa ditempuhi adalah ujian yang telah ditetapkan. Maka, percaya dan yakin pada Allah. Jika kamu orang yang beriman, kamu pasti percaya kepada ketentuan.

* * * * * * * * * * * *

Aku lihat langit. Cerah. Tapi kenapa aku rasa hati aku yang ‘hujan’?

Kenapa kau yang sedih tapi aku yang menangis?
Kenapa kau yang ‘pergi’ tapi seolah-olah aku yang ‘mati’?

Apa yang sama antara kau dan hujan? Sama-sama memberi berjuta cerita dalam hidup aku. Dan seringkali cerita itu akhirnya membawa aku kepada Tuhan.
Usai membersihkan daun-daun kering dan menyedekahkan al-fatihah, perlahan-lahan dia melangkah pergi dari situ.

Sahabat.
Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidup ini.
Terima kasih kerana telah menjadi penglipur lara dan penyeri hati.
Syukran untuk segala kenangan yang sudah terpahat menjadi memori.
Kau,
Aku titipkan dalam jagaan Tuhan.
Al-fatihah buat yang dirindui mahupun yang telah pergi.



Oleh : Rahmah Fitrah

No comments:

Post a Comment

Hujan🌧️

  “Alhamdulillah. Hujan.” Senyum. “Kenapa kau suka hujan?” “Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kep...