Saturday, 7 September 2019

Tahajud Cinta💕

Assalamualaikum gais🤗

Nak kongsi cerita dengan korang tentang pengalaman seorang sahabat saya ni. Jemput baca tau😊

Seorang teman saya selamat bernikah hari ini.

Tahu tak apa yang unik dan ajaibnya?😊

Jodohnya bertemu dalam tahajud cinta.

Saya masih ingat, bulan oktober 2018 dia datang hijrah ke KL cari kerja baru.

Berserta dengan azam nak “move on” dari cinta lama yang menyepi.

3 tahun menyulam janji, tapi janji tinggal janji, si lelaki tidak bersungguh untuk menjadikan dia sebagai halal.

Akhirnya, dia nekad untuk move on. Walau susah, walau payah, walau menangis-nangis untuk lupakan. Bukan mudah. She is very struggle for that.

Dia teresak-esak menahan perasaan. Saya peluk dia, tenangkan dia, walau saya pun menangis sama. Sangatlah fahami apa yang dia rasa.😢

Usia sudah berinjak 30, sudah tentulah mana-mana wanita akan risau memikirkan banyak hal.

Saya pegang tangan dia erat. Saya katakan padanya,

“Awak, tahun belum habis, belum sampai bulan 12. Masih ada masa. Jangan risau, Allah akan hantar jodoh yang jauh lebih baik buat awak. Jauh lebih baik.

Sekarang, awak hanya tinggal fokus ibadah. Baiki lagi diri lebih baik. Tambah lagi amal. Gandakan lagi ibadah. Rapatkan lagi diri dengan Allah. Fokus Allah sahaja.

Ustaz cakap, saat tahajud adalah saat yang paling dekat kita dengan-Nya, saat paling luas terbuka pintu langit untuk dikabulkan segala hajat.

Mari buat konsisten dengan penuh yakin. Insha allah, niat yang baik pasti Allah mudahkan.”

Saya saksikan kawan tadi bangun tahajud.

Setiap malam, dengan penuh istiqamah sehingga 3 bulan dia bermunajat meminta petunjuk jodoh.

Minta Allah datangkan jodoh terbaik dunia akhirat. Minta Allah yang datangkan jodoh tersebut di depan mata.

Sehinggalah satu keajaiban berlaku.

Tiba-tiba, adiknya mengenali seorang lelaki yang baik membantu baiki kereta yang rosak.

Lelaki tersebut masih bujang, belum bernikah berumur 30 lebih. Si adik cuba menawarkan kakaknya, eh siapa sangka lelaki tersebut betul-betul ingin berkenalan.

Lalu pertemuan diatur. Mereka bertemu berkenalan serba ringkas.

Ajaibnya, si lelaki lihat kawan saya kali pertama, terus jatuh cinta!

Masya allah, sudah namanya jodoh, begitu mudahnya Allah mengaturkan tanpa susah sedikit pun.

Walau terasa “mustahilnya” di mata manusia, nak cari jodoh di mana?

Tiada yang mustahil bagi Allah, bila Allah berkata “Kun fayakun”. Subhanallah.

Bulan 1, 2019 berkenalan.
Bulan 2, 2019 berjumpa.
Bulan 3, 2019 bertunang.
Bulan 8, 2019 bernikah.🥰



Sebenarnya.

Ini bukan kisah pertama. Bahkan banyak sudah kawan-kawan saya yang baik menemukan jodoh mereka melalui tahajud cinta.

Tahajud cinta mereka dengan Allah.

Benarlah.

Bila sudah didapatkan cinta dan redha Allah, maka seluruh dunia ini menjadi milik kita.

Kerana dunia bukanlah mahal, tapi sangatlah murah harganya.

Apa yang mahal adalah IMAN dan KEYAKINAN seorang hamba pada Tuhan.

Ya. Niat tahajud bukan sekadar untuk jodoh. Tahajud adalah jalan untuk dapatkan cinta Allah.

Kena faham konsep itu.

Ia hanyalah satu wasilah atau jalan.
Satu usaha dan ikhtiar sebagai seorang hamba.

Jika Allah kurniakan, ia adalah anugerah terindah.

Jika masih belum, Allah sudah redha pada segala usaha si hamba. Bukankah itulah kemenangan cinta?

Buat yang masih menanti jawapan dari Tuhan, teruslah bersabar. Kerana semakin lama menanti, semakin “surprise” yang akan Allah beri.

Semoga yang masih berhajat pada dunia, terus membesarkan Allah dalam jiwa sehingga dunia terasa kecil, dan Allah jualah matlamat hidup sehingga akhirnya.

Hikmatul Islam,
— Tenang dalam sentuhan tahajud cinta yang abadi, terkadang kita tak perlukan manusia sebagai ganti, cukuplah ALLAH yang selalu ada di hati. ♥️

No comments:

Post a Comment

Hujan🌧️

  “Alhamdulillah. Hujan.” Senyum. “Kenapa kau suka hujan?” “Apa yang membuatkan aku suka hujan? Kerana hujan seringkali mengingatkan aku kep...